" Psikologi Keluarga Bahagia "

2 comments:
Alhamdulillah , pagi tadi Faie and mum attended Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Nurul Huda . Memang it was a quite late but sambutan mengingati Rasul Allah  banyak diadakan sebelum puasa Ramadhan . Tapi bukankah kita kena selalu mengingati Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wassalam dengan pelbagai cara ? Contohnya , berselawat dan mengamalkan sunnahnya .


Selalunya ceramah Maulidur Rasul berkisarkan tentang sirah baginda , pengorbanan dan jasa baginda but this time , penceramah yang diundang khas dari UTM Skudai , Ustazah Noor Hadayah memilih untuk berkongsi tentang " Psikologi Keluarga Bahagia " .


Betulkan niat
" Semua perkara yang kita lakukan mestilah niat kerana Allah " . Beliau berpesan supaya kita betulkan semua niat kita yang selalu didorong oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan dan ikhlaskan hati kerana Allah . Niat yang ikhlas kerana Allah akan membantu akal fikiran kita untuk berbuat perkara yang tidak menyimpang .
Minta Kepada Allah
" Allah suka sekiranya hambaNYA selalu minta - minta kepadaNYA " . Beliau berkongsi sedikit tentang permintaan beliau : nak kerja di Johor , beli rumah di Johor , kahwin di Johor and else . Alhamdulillah semua yang beliau minta Allah kabulkan sebab itulah permintaan yang sering beliau ulang - ulang minta kepada Allah . Beliau berpesan , jangan malu minta kepada Allah .

Matching and Mirroring
Menurut beliau dalam membina keluarga bahagia , kita kena wujudkan persamaan antara suami isteri . Well when hearing this slot , somehow I felt like err I am not suitable hearing this ' suami isteri ' stuff . Sebenarnya Faie macam malu - malu nak dengar slot ni sebab ehem ehem . . Keluarga bahagia wujud dalam rumah tangga yang diberkati Allah . Walaupun berbeza citarasa dan minat both of suami and isteri haruslah memahami dan cuba ' matching ' minat pasangan dengan minat kita . Barulah ada persefahaman antara suami isteri . Bila suami isteri rasa bahagia , barulah anak - anak turut rasa bahagia tersebut dan wujudlah keluarga bahagia .

Anchoring
" Pasakkan nilai - nilai murni kepada anak - anak sejak mereka kecil lagi kerana apa mereka hari ini ialah apa yang diajarkan kepada mereka berpuluh - puluh tahun yang lepas " . Maksudnya , sekiranya ibu mengajar anak mereka memberi salam dan al - Fatihah kepada ahlil Qubur sewaktu melintasi kawasan perkuburan , perbuatan tersebut akan terus anak amalkan 10 atau 20 tahun yang akan datang . Kalau hitam , hitamlah jadinya . 

Dalam pukul 12.15 ceramah beliau berakhir dan diakhiri dengan doa penutup dan doa makan ^ ^




Walau apa pun Faie puji bacaan berzanji dan Qasidah : Ya Hanana .


My First Time

No comments:
Dengan kaki yang lenguh serta mata yang mengantuk , Faie gagahkan juga jari - jemari untuk bekerja menaip entry yang sangat panas dan boleh menyebabkan usus ada menggeletar tanpa henti selama 0.01 saat .

Siang 26 Mac 2013 ,  Faie , sis Niena , my Abang and adik Faie yang first keluar hang out dekat Square One . Em budak Batu Pahat mesti tahu punya .

P E R I N G A T A N : Entry ini mungkin mengandungi gambar - gambar yang tidak sesuai untuk tatapan abang - abang dan kakak - kakak or even adik - adik yang rabun ( macam Faie ) .



Well , my big bro taksuka snapping pictures , so kami bertiga je laa yang snap pictures before our mum menjerit suruh cepat masuk kereta. Kitorang gerak nearly pukul 11 pagi and fortunately my mum takbising sebab lambat gerak . Actually my big bro tak ikut gerak dengan my mum , well orang lelaki kalau boleh semua nak buat sendiri so dia menunggang motorsikalnya ^ ^

Sampai - sampai je we've to wait for my big bro for minutes and then terus zupppp ke Perintis sebab abang dan kakak Faie nak tebus voucher yang telah disimpan beberapa minggu . . . Em let pictures tell the story .




Then we went booking tickets untuk movie : Jact The Giant Slayer . Sementara nak tunggu pukul 4.05 petang we go makan - makan laa ! As we entered the restaurant , argghhh Faie dah boleh bau sambal belacan dari pintu masuk . FYI Faie memang taksuka bau apa jenis sambal sebab Faie tak makan sambal sebab Faie taktahan pedas LOL -..- We ordered 2 plates of Nasi Ayam Penyet , plates of Sotong and Udang penyet served with the sambal belacan of course !


* tiada gambar makanan sebab semuanya telah selamat dimasukkan ke dalam perut masing - masing

Tengok jam and we still have hours before the movie started and we decided to test our vocals - LOL . Marilah kita berkaraoke di Square One , satu jam RM 12 and diorang dah takpakai sistem 1 lagu RM1 lagi dah . . . . Takkisahlaa as long as kitorang enjoyed the song much ! Suara Faie yang still tak baik lagi sebab demam batuk selesema hari tu pun automatically terus okay and sounded like normal . . . Pelik jugak .
*no pictures available

Tengok jam lagi sekali and ada lagi lebih kurang 20 minit and kitorang pergi arcade dekat sebelah pusat karaoke tadi . J U J U R Faie cakap , itulah My First Time Faie main dekat arcade sebab :
  • Faie selalu rasa tempat tu tak selamat.
  • Tempat tu biasa ramai lelaki Cina dan Melayu
  • Faie rasa pelik sebab takpandai main




Then WE WATCHED TO MOVIE ! Ceritanya pasal seorang lelaki ( Jack ) yang telah menerima beberapa kacang ajaib . .. Well macam cerita dongeng : Jack dengan Kacang Ajaib yang Faie dulu tengok dekat TV tuu ~ Btw , to those yang dah tengok , mesti akan fell in love with this character : Elmont ! Faie suka cara dia survive dalam apa jua situasi and cara dia lead the army facing the giants !


Hoho ~ I think that's all yang boleh Faie ceritakan . Erm Faie minta maaf sebab penggunaan dwibahasa yang melampau dan ekstrem dalam entry ni :)