Wordless Wednesday #2

No comments:
 Omo omo ~ Lama sih gwa nggak updatin . Rindu sama kalian semuaaa ^ ^
Abaikan kecelaruan bahasa di atas . Huahuahuaa , baru lepas tengk sinetron macam ni laa jadinyaa .

* komen sikit *

TIPS : Tusyen

No comments:
Selamat Tahun Baru awak semua ^ ^ Baru hari ini Faie sempat nak taip entry baru . * Gomen nasai * Komputer rosak . . Sobss baru semalam fetch CPU ni dekat kedai , dah almost 4 tahun guna , memang patutlah dia nak meragam . Nak dekat ratus - ratus juga melabur =.=

To Main Exam's sitters macam Faie ni mesti ada keinginan nak attend extra classes . Lebih - lebih lagi untuk subjek yang agak lemah . Kalau Faie , tusyen untuk subjek Pure Science adalah amat perlu ! Kalau nak harapkan cikgu sekolah memang taklaa kan . Bukan nak komplen or aibkan sesiapa . Kalau nak rasa , mari cuba duduk belajar dekat tempat Faie .

Back to the topic . TIPS : Tusyen . Here Faie list kan beberapa tips yang boleh awak semua gunakan sebagai panduan .
Ketahui subjek yang memerlukan lebih bimbingan .
As a student , awak semua mesti dah kenal pasti subjek apa yang perlu perhatian dan kasih - sayang yang lebih kan ? Kalau masih ragu - ragu , lihat markah ujian bulanan atau peperiksaan . Masih ragu - ragu ? Buat ujian sendiri di rumah dengan jujur dan ikhlas beberapa kali , pelbagai subjek dan rekod pencapaian awak . Markah yang kurang memuaskan itu mungkin perlukan lebih bimbingan daripada guru .
Fikirkan sebab utama .
Buka minda awak dan fikir , kenapa awak perlukan tusyen ? Dorongan dari kawan , mak ayah atau DIRI SENDIRI ? Cuma awak sendiri yang tahu sebabnya . Daripada pengalaman Faie sendiri , Ada kawan Faie ni memang taksuka pergi kelas tusyen uar . Tapi parents dia paksa jugak , then dia pergi dengan keterpaksaan . Dekat tempat tusyen , dia suka kacau orang , ajak bual . . Kadang - kadang dia buat hal sendiri sampai cikgu naik hantu . Baik duduk rumah kan ?
Lebihkan KUALITI daripada KUANTITI .
" Saya tusyen Chemistry , AddMaths , Biology , Physics , ModernMaths , English , Prinsip Akaun and blablablaaa " ATAU " Kelas tusyen untuk AddMaths aku ada 2 tempat " - Faie cadangkan awak semua buat survey tentang kualiti kelas tusyen tuu . Bukan nak burukkan mana - mana pihak , tapi ada sesetengah kelas tusyen yang mula lambat , kadang - kadang sampai setengah jam lambat . Cikgu ajar sambalewa , bila orang tanya kadang - kadang dia taknak jawab . Kalau boleh , cari kelas tusyen dengan guru cemerlang atau cikgu yang ada rekod cemerlang . Itu lebih baik daripada enroll extra classes untuk satu subjek lebih daripada satu tempat .

Bajet .
Kelas - kelas tusyen biasanya berbayar . Lihat pada bajet ibu bapa atau sendiri . Katakanlah tusyen yang kita berkenan tu ada dua tempat , bandingkan harga . Kalau lagi satu tempat tu lagi murah , why not lower your ego for enrolling a ' high - class ' extra class ?
xx Entry ini ditulis berdasarkan pengalaman Faie sendiri . Maaf kalau ada tersalah bahasa atau statement yang mungkin kasar bagi awak semua xx