luahan hati seorang minah kasar

~ assalamualaikum ~

saya , CHP dengan jujurnya , menulis post ini dengan linangan air mata . bukan ingin menagih simpati sesiapa , tapi hanya sekadar mahu berkongsi kisah hidup yang tak berapa nak tragis ni .

CHP memang seorang gadis yang kasar , ganas , and so on . tapi itu semua bukan satu tiket masyarakat sekeliling nak pandang serong akan perangai CHP ni . CHP tak suka jadi hipokrit , bak kata orang , biarlah kita jadi diri sendiri . tapi , bukannya CHP tak mahu berubah , CHP dah cuba . tapi last2 , CHP akan kembali kepada perangai yang asal . CHP tak reti nak berpura - pura jadi feminin , lemah lembut , sopan - santun and so on . 

bila CHP sedih , CHP pasti akan mengetap bibir . biar CHP share dekat sini . CHP tak suka orang nampak CHP tengah sedih , menangis ataupun ada problem . tapi , CHP dah tak tahan lagi . gatal sugguh nak tulis dekat sini . CHP cuma nak cakap dekat manusia tu . CHP berterima kasih sangat sebab sudah sedarkan CHP . CHP tak layak nak make friends dengan orang yang macam **a* dia . 

CHP sedar taraf family sendiri macam mana . family CHP cuma sebuah family yang cukup sederhana . memang parents CHP cukup bagi ilmu sivik bla3 , tapi , kadang - kadang CHP tak sedar words yang digunakan itu , boleh melambangkan status atau latar belakang sesuatu family . salah family CHP ke ? TAK !

kalau member CHP tak kisah CHP kawan dengan dia , kenapa mersti orang lain kisah ? memang lah member CHP tu bawah tanggungjawab dia . . tapi . . . entahlah , memang CHP super sedih sekarang . biarlah , lepas ni , CHP tak nak lagi berhubung dengan dia .

kesimpulannya dekat sini , CHP tak nak dah cari pasal berkawan dengan orang yang ada family kaya - kaya , super kaya . * kayap ? , enggang selamanya takkan boleh terbang beriringan dengan pipit , bukan ?

2 comments:

  1. bersabar dan bertabahlah ye dik..
    Tak semua orang macam tu.. lagipun yang kaya tu, mak bapa dia.. dia macam kita juga..~

    ReplyDelete
  2. thanks for your advise kakak ,
    memang betul ape yang kakak ckp tu .
    tapi , secara tak langsung , nikmat tu akan jadi milik dia jugak ,

    ReplyDelete