" Psikologi Keluarga Bahagia "

Alhamdulillah , pagi tadi Faie and mum attended Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Nurul Huda . Memang it was a quite late but sambutan mengingati Rasul Allah  banyak diadakan sebelum puasa Ramadhan . Tapi bukankah kita kena selalu mengingati Nabi Muhammad sallahu 'alaihi wassalam dengan pelbagai cara ? Contohnya , berselawat dan mengamalkan sunnahnya .


Selalunya ceramah Maulidur Rasul berkisarkan tentang sirah baginda , pengorbanan dan jasa baginda but this time , penceramah yang diundang khas dari UTM Skudai , Ustazah Noor Hadayah memilih untuk berkongsi tentang " Psikologi Keluarga Bahagia " .


Betulkan niat
" Semua perkara yang kita lakukan mestilah niat kerana Allah " . Beliau berpesan supaya kita betulkan semua niat kita yang selalu didorong oleh hawa nafsu dan bisikan syaitan dan ikhlaskan hati kerana Allah . Niat yang ikhlas kerana Allah akan membantu akal fikiran kita untuk berbuat perkara yang tidak menyimpang .
Minta Kepada Allah
" Allah suka sekiranya hambaNYA selalu minta - minta kepadaNYA " . Beliau berkongsi sedikit tentang permintaan beliau : nak kerja di Johor , beli rumah di Johor , kahwin di Johor and else . Alhamdulillah semua yang beliau minta Allah kabulkan sebab itulah permintaan yang sering beliau ulang - ulang minta kepada Allah . Beliau berpesan , jangan malu minta kepada Allah .

Matching and Mirroring
Menurut beliau dalam membina keluarga bahagia , kita kena wujudkan persamaan antara suami isteri . Well when hearing this slot , somehow I felt like err I am not suitable hearing this ' suami isteri ' stuff . Sebenarnya Faie macam malu - malu nak dengar slot ni sebab ehem ehem . . Keluarga bahagia wujud dalam rumah tangga yang diberkati Allah . Walaupun berbeza citarasa dan minat both of suami and isteri haruslah memahami dan cuba ' matching ' minat pasangan dengan minat kita . Barulah ada persefahaman antara suami isteri . Bila suami isteri rasa bahagia , barulah anak - anak turut rasa bahagia tersebut dan wujudlah keluarga bahagia .

Anchoring
" Pasakkan nilai - nilai murni kepada anak - anak sejak mereka kecil lagi kerana apa mereka hari ini ialah apa yang diajarkan kepada mereka berpuluh - puluh tahun yang lepas " . Maksudnya , sekiranya ibu mengajar anak mereka memberi salam dan al - Fatihah kepada ahlil Qubur sewaktu melintasi kawasan perkuburan , perbuatan tersebut akan terus anak amalkan 10 atau 20 tahun yang akan datang . Kalau hitam , hitamlah jadinya . 

Dalam pukul 12.15 ceramah beliau berakhir dan diakhiri dengan doa penutup dan doa makan ^ ^




Walau apa pun Faie puji bacaan berzanji dan Qasidah : Ya Hanana .


2 comments:

  1. lama dh xjoin majlis2 macmnie sbb busy sgt :"(

    ReplyDelete
  2. Busy ? Em tapi kalau ada masa better pergi kayy ? Banyak manfaatnya ^ ^

    ReplyDelete