Selamat Hari Guru : Blogger juga seorang guru !

Selamat Hari Guru untuk semua !
Setiap 16 Mei simbolik untuk kita , especially a student raikan jasa dan pengorbanan semua guru yang pernah or takpernah ajar kita kan ? As long as beneath the name of a teacher , Hari Guru lah hari kita buat depa rasa gembira tanpa fikir nak tanda kerja sekolah kita or maybe berhenti kejap darpada berfikir cara nak tingkatkan prestasi semasa . Well , it's so cliche ~

Guru bukan cuma di sekolah .
Guru ada di mana - mana dan mungkin tanpa sedar , awak , yes awak yang tengah baca entry ni juga seorang guru !
Macam mana seorang blogger sepenuh masa / part timer boleh jadi guru ? " Betulke ni ? Takpayah mohon IPG or diploma pendidikan ke ? " Eh kecik hati para guru kat luar sana tu , maaf lah ye .
Guru atau cikgu ni biasa didefinisikan sebagai PENDIDIK ataupun PEMBIMBING .
Tapi selalunya , orang yang memberi ilmu kita akan anggap sebagai guru kan ?
So kalau bloggers tulis satu enrty atau beribu entry , berkongsi ilmu dengan para pembaca bukankah itu juga bagaikan seorang pendidik . Ada juga sebilangan guru yang menjadi blogger separuh masa . Ini satu usaha untuk mendekatkan figura seorang guru dengan anak murid di luar batasan sekolah sendiri . Kelas dan nota ekstra yang para guru kongsikan di blog masing - masing amat saya hargai , well siapa yang takpernah cari bahan untuk kerja kursus di Internet ? Ataupun cari contoh karangan atau jawapan KOMSAS ? Hahahaha saya pernah buat , ' jujur sangat '

Pendidik untuk pendidikan formal sahaja ?
Maaf , anda silap besar . Dalam proses kehidupan seharian , semua orang akan mengalami proses pembelajaran dan pengajaran tidak formal . Seorang ibu juga seorang guru ! Pada awal usia infansi , para ibu sememangnya memberi pembelajaran awal kepada permata hatinya . ABC dan 123 lazimnya diajarkan seawal mungkin . Bukankah itu tugas seorang pendidik ? Pembelajaran tidak terhad untuk itu sahaja . Para ibu juga mengajarkan anak mereka cara untuk bercakap , atau lebih tepat cara menyebut sebuatan awalan yang mudah seperti ' mama ' dan ' papa ' . Banyak lagi contoh pembelajaran tidak formal yang diajarkan oleh guru yang tidak formal .
Contoh :

  • Ibu mengajarkan anak cara menggunakan sudu dan garfu
  • Kawan yang tanpa sedar emngajar kita untuk menilai baik buruk mereka
  • Tukang kebun sekolah yang menyedarkan kita supaya menjaga tanaman mereka
  • Makcik cleaner yang susah payah cuci lantai untuk cari makan demi keluarga
  • Kakak yang mengajar cara lilit pashmina agar tidak serabai
Itu semua pun dikira sebagai proses PnP .
Ilmu tidak ditimba melalui angin dan air . Malah ilmu juga tidak timbul tanpa digali . SELAMAT HARI GURU 2013 ikhlas dari blogger Nur Faie dari blog Kapten Mimpi ~ SALAM .

2 comments:

  1. Selamat hari guru buat semua GURU di Malaysia...

    ReplyDelete
  2. Yeah , Selamat Hari GURU juga untuk semua ^ ^

    ReplyDelete