Kecelaruan Perkataan

Blogger yang baik ialah blogger yang mampu olah semua yang dirasakan dalam bentuk ayat yang mudah difahami oleh semua peringkat umur yang membacanya . Tapi maaf , Faie bukan dalam golongan itu . Sedangkan dalam perbualan biasa , Faie susah nak terjemahkan semua yang Faie rasa , apa yang Faie fikir into proper words . Mungkin sebab tu , ramai orang salah faham , dan mungkin terasa hati bila dengar words that came out from my silly mouth .

Perkara biasalah kalau orang salah faham dengan kita sebab selalu jugak kita salah faham dengan orang . *mohon readers faham ayat ini* Satu dua tiga empat lima dan enam kali mungkin kita  boleh bertolak ansur , tapi kalau lebih daripada itu ? Well , hati manusia mana yang sesabar itu . Mungkin ada , tapi bukan orang yang Faie kenal (termasuklah diri sendiri) .

Sejauh mana kita boleh membuka minda seluasnya untuk berfikir ? Berfikir tentang keadaan sekeliling yang telah , sedang dan mungkin bakal berlaku akibat tindak - tanduk kita hari ini . Well semua orang mampu berfikir , tapi untuk mencari jalan keluar , tidak semua berkebolehan .


Sebab itu lah kita perlukan orang sekeliling .
Yang boleh kita percaya . Yang boleh menyimpan rahsia . Yang memaham rasa . Yang boleh berinteraksi sama .
Kadang - kadang pemikiran kita taksama dengan pemikiran orang lain . Tak semua yang kita fikirkan betul , pada hemat orang lain sama seperti itu . Tapi , masih wujudkah orang yang ingin memperbetulkan kita ? Yes , they do exist -.-


No comments:

Post a Comment